ABOUT HER
![]() agenda
"IM A FOOL"
"twitter"
mail
![]() Quotes
disclaimer
Layout made by tkh. Removing any credit is shunned upon. Please keep credits intact, only dummies would remove them. You aren't a dummy right?
Add your end of the disclaimer here, be nice, firm, assertive etc etc yada yada yay blogging. |
Aku perempuan. Ya sudah tentu hati aku lembut. Hati yang sering disakiti berkali-kali dan sedang mengambil langkah berjaga-jaga seolah aku akan dikecewakan untuk yang ke berapa kali lagi. Aku sayang. Tapi aku tak tunjuk. Sebab apa? Sebab aku taknak dan tak akan tunjuk yang aku beria sayangkan kau. Mungkin disebabkan ego tapi mungkin juga tidak. Aku bodoh. Sebab jatuh hati terhadap kau. Tapi apakan daya. Memang fitrah seorang manusia ingin mencintai dan dicintai oleh seseorang. Aku kadang-kadang terfikir. Apa aku dapat kalau aku sayangkan seseorang dengan melampau? Adakah betul dia cinta sejati aku? Adakah betul dia bakal menjadi imamku sekaligus menjadi bapa kepada anak-anakku kelak? Aku buntu. Tapi, ya InshaAllah, kalau kita rasa dia yang terbaik untuk kita, kita cuba jaga hubungan itu dengan sebaik mungkin. Tapi ada satu benda kita kena ingat, nak jaga hubungan tu bukannya dari sebelah pihak sahaja tapi dari kedua-dua belah pihak. InshaAllah bahagia sehingga syurgaa :) Jauh dari sudut hati aku, ada satu benda yang aku simpan. Benda yang aku tak sanggup nak fikir. Bila difikirkan, tanpa disangka air mata jatuh mengalir. Ya Allah , sakit cemburu dia tu memang aku tak sanggup nak tahan nak disimpan didalam hati ini. Kadang-kadang aku rasa macam tidak adil. Apa ya yang ada pada perempuan tu sehinggakan aku cemburu buta sampai tahap sebegini? Ya jawapannya aku tahu. Aku takut untuk kehilangan orang yang aku sayangi tapi kenapa aku takdapat nak kawal perasaan yang betul-betul memakan hati tu. Bila aku dengar kau contact dengan kawan perempuan kau yang rapat-rapat serious aku rasa macam nak maki hamun kau. Kau tahu kenapa? Sebab bila aku contact dengan kawan-kawan lelaki aku kau cemburu. Menggelepar . Meroyan tak ingat dunia. Cemburu babi buta. Tak sedar diri sendiri. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk tak melayan lelaki lain tapi bila aku ingat balik semula , eh kenapa aku tak boleh ? Ya aku boleh. Aku pun nak tengok cemburu babi buta kau tu tahap mana. Biar kau tahu sakit dia, perit dia, menahan rasa cemburu tu dalam hati. Tapi aku salah. Aku ingat bila aku balas kau akan faham. Rupanya tidak. Kau masih dengan cara kau. Ok aku ok. Dah lama aku simpan perasaan ni. Hati aku dah macam kain buruk asyik diperah diperah dan diperah. Okaylah. Cemburu itu biasa bila dah sayang. Kawal. Kalau tak kawal hati sendiri yang merana. Assalamualaikum. |